Friday, February 27, 2009

Obesiti


Obesiti dinilai melalui lemak badan dan bukannya berat badan seseorang semata-mata. Ramai yang telah tersalah anggap apabila dengan mengatakan dirinya obes pabila berat badannya dirasakan meningkat.
Seseorang itu mungkin berlebihan berat badan daripada aras normal namun jika ia mempunyai otot yang kental dengan kandungan lemak yang rendah ia bukanlah obesiti.
Beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu obesiti ataupun tidak iaitu:
  1. BMI ( Body Mass Indeks - Indeks Berat Badan )

BMI dikira mengikut formula berikut :

Berat badan (kg) / Tinggi (meter)2

Seseorang lelaki mempunyai berat badan 65kg dan ketinggiannya adalah 1.7meter maka BMI adalah 22.5

Garis panduan yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan bahawa BMI 25 hingga 29.9 sebagai mempunyai berat badan berlebihan, BMI yang melebihi 30 adalah obesiti.

Kadar BMI sesebuah negara ditentukan oleh negara berkenaan mengikut keadaan kesihatan penduduknya.

2. Ukur Lilit Pinggang

Kajian menunjukkan saiz pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan kencing manis. kadar taburan lemak dapat dikira melalui kaedah pengiraan :

saiz pinggang / saiz punggung

Semakin rendah nisbah saiz pinggang kepada saiz punggung adalah semakin baik.

risiko penyakit jantung biasanya menyerang wanita yang mempunyai nisbah melebihi 0.8 dan lelaki yang mempunyai nisbah melebihi 1.0

3. Antropometri

Antropometri ialah satu kaedah mengira ketebalan kulit badan yang dilipat di beberapa anggota badan yang tertentu, terutamanya di bhgian bawah bahu dan pinggang untuk menilai sama ada kegemukan itu disebabkan lemak atau otot.

No comments: