Friday, February 27, 2009

obesity


FAKTOR YANG MENYEBABKAN OBESITI

Pengaruh budaya terhadap aktiviti pemakanan

Faktor utama penyumbang kepada masalah obesiti di Asia ialah bertambahnya kemewahan pemakanan dan kurangnya aktiviti fizikal. Selain itu budaya di Asia yang menjadikan makanan salah satu daripada ganjaran terhadap sesuatu kerja, usaha atau kejayaan

Faktor Biologi

Pola pemakanan adalah dikawal oleh pusat makan dan rasa kepuasan yang terdapat pada kelenjar hipotalamus dan pituitari dalam otak yang memberikan isyarat kadar lemak yang tinggi dan rasa lapar. Gantian yang penting dalam proses ini adalah seperti glukosa (gula), insulin(hormon yang menukar gula kepada tenaga) dan leptin (enzim yang memberikan isyarat kepada otak apabila lemak tinggi kepada orang yang obesiti), UCPs (uncoupling proteins-protein tidak berganding) penting untuk menukar tenaga kepada haba daripada disimpan menjadi lemak. Leptin juga bertindak sebagai rintangan badan terhadap kesan insulin yang bertindak sebagai metabolisma kandungan gula dalam darah.

Faktor Genetik

Faktor genentik memainkan peranan dalam proses metabolisma dan pengeluaran beberapa hormon dan protein yang mempengaruhi nafsu makan di antara 70 hingga 80% dalam kes obesiti. Baka yang kurang mengeluarkan hormon leptin menjadi obesiti dan kebanyakan yang mengalami obesiti didapati tidak mengalami masalah genetik yang abnormal yang memberikan kesan kepada leptin.

Jumlah perbezaan genetik adalah terlibat dalam mempengaruhi kadar obesiti setiap individu. Sifat yang diwarisi boleh mempengaruhi cara lemak itu diagihkan, kadar metabolisma, perubahan dalam tindak balas tenaga terhadap sikap lebih makan atau mengutamakan makanan dan faktor lain.

Kesan daripada beberapa jenis ubat

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang diambil boleh menambahkan nafsu makan dan akhirnya menyebabkan kegemukan. Antara jenis dadah yang terdapat dalam ubat-ubatan adalah kortikosteroid, antikemurungan dan beberapa jenis dadah psikoaktif. Namun sebenarnya dadah tersebut bukanlah punca utama yang menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti. Puncanya ialah ada sebahagian individu yang tidak sengaja memberhentikan pengambilan ubat-ubatan itu tanpa pengetahuan doktor lalu mereka menjadi gemuk.

No comments: